Mahathir
bin Mohamad
![]() |
|
Tempoh berjawat
16 Julai 1981 – 31 Oktober 2003 |
|
Raja
|
Sultan Ahmad Shah (1979 - 1984)
Sultan Iskandar (1984 - 1989) Sultan Azlan Shah (1989 - 1994) Tuanku Ja'afar (1994 - 1999) Tuanku Salahuddin Abdul Aziz Shah (1999 - 2001) Tuanku Syed Sirajuddin (2001 - 2006) |
Didahului oleh
|
|
Digantikan oleh
|
|
Tempoh berjawat
15 September 1978 – 16 Julai 1981 |
|
Didahului oleh
|
|
Digantikan oleh
|
|
Tarikh lahir
|
|
Tempat lahir
|
|
Parti politik
|
|
Pasangan
|
|
Pekerjaan
|
|
Agama
|
|
Tun Dr Mahathir bin Mohamad , dilahirkan pada 10 Julai 1925[1], [2],[3]). Dalam
buku A Doctor in the House, Dr M menyatakan tarikh lahir sebenarnya
adalah 10 Julai 1925, tapi bapanya mendaftarkan tarikh lahir dalam sijil
kelahiran sebagai 20 Disember untuk memudahkan urusan pendaftaran persekolahan.
Beliau yang cukup dikenali dengan "Dr. M" merupakan Perdana
Menteri Malaysia yang keempat. Menggunakan nama timangannya
sendiri, "Che Det" sebagai nama pena, beliau banyak menulis
dengan artikel pertamanya disiarkan oleh akhbar The Straits Times Singapura pada
20 Julai, 1947 bertajuk “Malay Women Make Their Own Freedom” (Wanita
Melayu Mencipta Kebebasan Sendiri).[4]. Ketika
penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober2003, beliau berjaya membawa pembangunan
melalui dasar-dasar dan perancangan yang diilhamkan dari kejayaan negara-negara
luar sehingga mengangkat Malaysia ke pentas dunia sebagai salah sebuah negara
yang berdaya maju di Asia
Tenggara sehingga pernah dinamakan sebagai salah sebuah negara
'Harimau Ekonomi Asia'[5].
Usaha beliau yang paling diingati masyarakat Malaysia dan antarabangsa
adalah ketika membawa Malaysia keluar dari Krisis
Kewangan Asia 1997 dimana beliau telah menolak cadangan dan
juga dana bantuan dari IMF yang
beliau sifatkan akan memburukkan lagi krisis. Langkah-langkah radikal yang
diambil[6] dikiritik
hebat ketika itu oleh banyak pihak termasuk IMF sendiri. Malah, usaha tersebut
turut dikecam walaupun lama selepas kemelut berakhir[7] dimana
beliau menyatakan kecaman dan pujian adalah norma ahli politik dan terserah
kepada penilaian mana-mana pihak[8].
Beliau merupakan seorang tokoh politik yang bersifat vokal berhubung
isu-isu antarabangsa sehingga ada yang mencetuskan kontroversi. Beliau
menyokong "Sistem Ekonomi Pasaran" terkawal[9] sebagai
alternatif kepada "Sistem Ekonomi
Persendirian" dan secara amnya menolak "Pasaran
Bebas" (laissez-faire)[10].
Gaya pemerintahan Dr. Mahathir juga sering kali dikritik dengan
dilabelkan sebagai autokratik oleh
pelbagai pihak termasuk badan dan media antarabangsa (contohnya, tajuk artikel
tentang persaraan beliau oleh The
New York Times menyimpulkan sifat autokratik beliau sepanjang
karier politiknya[11]) terutama
berhubung Akta Keselamatan Dalam Negeri yang
beliau terangkan sebagai tindakan pencegahan yang hanya diambil atas desakan
semasa (penjelasan beliau diterima dan ditolak pembaca dengan pelbagai hujah)[12]. Selain
itu, beliau tidak dapat lari dari tuduhan kronisme seperti
pemimpin-pemimpin lain di dunia.
Antara projek-projek berprofil tinggi (juga digelar 'projek mega') yang
dibangunkan pada zaman pentadbirannya termasuk Jambatan
Pulau Pinang, Menara
Berkembar Petronas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA), Koridor
Raya Multimedia (MSC), Pusat Pentadbiran Putrajaya dan Litar
Antarabangsa Sepang.
Bersara pada Oktober 2003, Dr Mahathir dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang
membawa gelaran Tun. Beliau turut
dinobatkan sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia" kerana berjaya
membangunkan Malaysia menjadi sebuah Negara
industri baru yang disegani di kalangan negara-negara membangun.
Tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri menjadikan beliau sebagai pemimpin
kedua paling lama yang memegang jawatan tersebut di Asia Tenggara selepas Presiden Suharto dari Indonesia.
Latar belakang
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dilahirkan di Lorong Kilang Ais, Seberang
Perak, Alor Setar, Kedah tanggal 10 Julai 1925.
Merupakan anak bongsu daripada 9 adik-beradik dari pasangan Mohamed Iskandar
dan Wan Tempawan Wan Hanapi. Tarikh lahir beliau yang didaftarkan pada 20
Disember 1925 (kesemua adik-beradik beliau didaftarkan lahir pada bulan
Disember) oleh bapanya adalah untuk memudahkan urusan pendaftaran persekolahan[3].
Pendidikan
Dr. Mahathir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak,
Alor Setar, Kedah. Selepas lulus, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran diGovernment
English School (GES) (kini dikenali sebagai Kolej
Sultan Abdul Hamid), Alor Setar pada tahun 1932. Sewaktu semua
sekolah ditutup di eraPendudukan Jepun di Tanah Melayu, beliau telah membuka
kedai kopi secara kecil-kecilan dan kemudiannya berniaga pisang goreng. Setelah
tamat Perang
Dunia Ke-2, beliau menyambung pelajarannya di sekolah yang sama pada
tahun 1945 sehingga peringkat Sijil Tinggi Pelajaran
Beliau seterusnya menuntut di Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya, Singapura, dan
dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan
dan Pembedahan(MBBS) pada tahun 1953. Selepas mendapat ijazah, beliau
ditugaskan sebagai doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang, Malaysia.
Kerjaya dan keluarga
Pada tahun 1954, Dr. Mahathir
berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Alor Setar, Jitra, Langkawi dan Perlis sehingga tahun 1957. Beliau kemudian melangsungkan
perkahwinan dengan Dr. Siti
Hasmah Mohamad Ali pada 5 Ogos 1956 dan dikurniakan empat cahaya
mata, iaitu tiga lelaki dan satu perempuan manakala 3 anak angkat. Anak-anak
beliau adalah:
·
Maizura
·
Mazhar
Pada tahun 1957, beliau berhenti
dari perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya sendiri, MAHA Klinik yang
terletak di Jalan Tunku Ibrahim. Ketika itu, beliau merupakan anak Melayu
pertama yang membuka klinik persendirian di Alor Setar yang pada ketika itu
terdapat lima buah klinik sahaja. Klinik ini kemudiannya berpindah ke 1587,
Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar dan
kekal sehingga sekarang.
Kerjaya politik
Dr Mahathir telah bergiat aktif dalam politik sejak 1945 yang mana beliau mengambil
bahagian dalam kempen menentang Malayan Union.
Apabila UMNO ditubuhkan
pada 1946, beliau adalah
salah seorang yang pertama mendaftarkan diri sebagai ahli. Sebagai Pengerusi
Parti Negeri Kedah, dan Pengerusi Jawatankuasa Politik, beliau dengan tidak
sengajanya menimbulkan perasaan marah di golongan yang mempunyai perkaitan
dengan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman apabila beliau membentangkan
kriteria-kriteria kelayakan dalam pemilihan calon untuk pilihan raya umum 1959. Berasa sakit hati atas penuduhan
bahawa beliau hendak memilihkan calon-calon yang rapat dengannya, Dr Mahathir
enggan mengambil bahagian dalam pilihan raya tersebut.
Pada Pilihan Raya Ketiga dalam tahun 1964, Dr Mahathir dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar selepas menewaskan calon Parti
Islam Se-Malaysia (PAS)
dengan majoriti sebanyak 60.2%. Beliau menjadi ahli Majlis
Tertinggi UMNO pada tahun 1965. Dalam Pilihan Raya 1969, beliau
ditewaskan oleh calon PAS, Haji Yusoff Rawa, dengan cuma 989 undi sahaja,
selepas beliau mengumumkan bahawa beliau tidak memerlukan undi-undi orang Cina
untuk mencapai kerusinya.
Berikutan peristiwa
13 Mei 1969, Dr Mahathir dipecat daripada keahliannya dalam Majlis
Tertinggi UMNO pada 12 Julai,
selepas pengedaran umum suratnya kepada Tunku Abdul Rahman. Dalam suratnya,
beliau telah mengkritik cara pentadbiran Tunku. Pada 26 September 1969,
Dr Mahathir juga dipecat keahliannya dalam UMNO.
Semasa di luar parti, Tun Dr Mahathir mengarang buku "Dilema Melayu" (The
Malay Dilemma). Buku kontroversi itu, yang mendedah dan menganalisis
perwatakan orang Melayu telah diharamkan pada tahun 1970 dan pengharamannya hanya ditarik
balik selepas Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri 18 tahun kemudiannya[13]
Apabila Tun
Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir masuk
semula ke dalam UMNO pada 7 Mac 1972 dan dilantik sebagai senator pada
tahun1973. Beliau
bertanding di Kubang
Pasu pada pilihan raya umum 1974, yang mana beliau menang tanpa
bertanding. Selepas pilihan raya, Dr Mahathir dilantik sebagai Menteri
Pelajaran dalam kabinet Tun Abdul Razak. Beliau memenangi salah satu daripada tiga
kerusi naib presiden UMNO pada tahun 1975. Pada 1976, Perdana Menteri Tun Abdul Razak
meninggal dunia secara mengejut dan penggantinya Datuk Hussein Onn melantik
Dr Mahathir sebagai timbalannya, sambil masih mengekalkan portfolio pendidikan yang
disandangnya. Tidak lama selepas itu Tun Dr Mahathir menjadi Menteri
Perdagangan dan Perindustrian.
Pada pertengahan 1981,
Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Hussein Onn mengumumkan persaraannya dan
menamakan Dr Mahathir sebagai penggantinya. Pada 10 Julai, 1981 Dr Mahathir menjadi Perdana
Menteri Malaysia yang keempat, dan lapan hari selepas itu sebagai Menteri
Pertahanan. Pada 31
Oktober, 2003,
Dr Mahathir bersara dan menamakan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi sebagai penggantinya.
Dr Mahathir mengisytiharkan keluar daripada UMNO pada 19 Mei 2008 dalam satu
ceramah di Alor
Setar, Kedah kerana
hilang keyakinan terhadap kepimpinanAbdullah
Ahmad Badawi . Bagaimanapun dalam Perhimpunan Agung UMNO 2008 pada Mac 2009, Dr
Mahathir menghadiri hari terakhir perhimpunan itu sebagai jemputan. Dr Mahathir
kembali menyertai UMNO .Nombor ahli 0000001 dikekalkan.[14]
Kesihatan
Pada 24 Januari 1989 Dr Mahathir Mohamad pernah menjalani pembedahan
pintasan arteri koronari di Hospital Besar Kuala Lumpur (HBKL), Kuala Lumpur.
Pada 9 November 2006, beliau sekali lagi dimasukkan ke Institut
Jantung Negara (IJN) kerana serangan jantung setelah saluran
darah arteri tersumbat.
Pada 14 Mei 2007, beliau dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU)
di Hospital
Langkawi selepas kesukaran bernafas pada jam 4.00 petang.
Pada 4 September 2007, Dr Mahathir Mohamad menjalani pembedahan pintasan
arteri koronari di IJN selama 5 jam. Pembedahan diketuai pakar jantung
terkemuka, Tan Sri Dr. Yahya Awang, Datuk Dr. Razali Wathooth, Datuk Dr.
Azahari Yakub, Datuk Dr. Venugopal Balchand, Datuk Ezani Mohd. Taib dan Ketua
Pakar Bedah Kardiologi Klinik Mayo di California, Amerika Syarikat, Prof. Dr.
Hartzell Schaff. Ini merupakan pembedahan saluran darah arteri kali ke-2.
Pada 15 September 2007, sekali lagi beliau dimasukkan ke Unit Rawatan
Rapi di IJN jam 7.00 pm. Ketika itu beliau berusia 82 tahun.[15]
Malam 2 Oktober 2010, di Melbourne, Australia, Tun Dr
Mahathir telah dimasukkan ke Hospital Epworth akibat sakit batuk dan selesema. Kemasukan
beliau ke hospital tersebut disahkan oleh pegawai khasnya, Sufi Yusof. Dr
Mahathir pergi ke Melbourne bertujuan untuk berucap pada seminar mengenai
pembangunan manusia anjuran Kelab UMNO Australia Melbourne di University of
Melbourne.
Kontroversi
Pada tahun 1983 dan 1991, Mahathir berdepan dengan pihak Raja dan Sultan
dengan membuang kuasa veto Raja dan imuniti mereka dari dihukum. Sebelum
pindaan ini, setiap Bil yang akan menjadi undang-undang dikehendaki mendapat
persetujuan Agung. Dengan pindaan tersebut, bil yang diluluskan oleh Parlimen
akan menjadi undang-undang selepas 30 hari tanpa mendapat persetujuan Agung.
Bagaimanapun, perkara ini hanya untuk undang-undang sekular dan Sultan masih
berkuasa dalam undang-undang Islam yang berada di bawah bidang kuasa mereka.
Pemecatan Anwar Ibrahim
Pada tahun 1998, kerajaan di bawah pimpinan Mahathir mendakwa Dato' Seri
Anwar Ibrahim atas kesalahan salah laku seksual dan penyalahgunaan kuasa. Anwar
pada masa itu adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Anwar mendakwa bahawa beliau dizalimi kerana beliau membawa isu korupsi dan
nepotisme dan Mahathir serta orang-orangnya adalah sasaran bagi tuduhan
tersebut. Penyokong Mahathir pula percaya bahawa Anwar sebenarnya korupsi dan
nepotisme dan cuba untuk menggantikan Mahathir sebagai Perdana Menteri selepas
melihat kejatuhan Presiden
Suharto di Indonesia atas
isu yang sama.
Krisis Anwar membawa kepada protes besar-besaran yang dikenali sebagai
"Gerakan Reformasi" dan tertubuhnya Parti
Keadilan Nasional (PKR) dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999. Namun begitu, PKR
hanya memenangi lima kerusi Parlimen pada pilihan raya tersebut dan hampir
pupus pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 apabila hanya
memenangi satu kerusi Parlimen di Permatang Pauh yang
dimenangi oleh isteri Anwar, Dr
Wan Azizah. Parti tersebut walaubagaimanapun berjaya mendapat
kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 dengan memenangi
31 kerusi Parlimen, jumlah terbesar antara semua parti-parti pembangkang di
Malaysia.
Keluar UMNO
Pada 19 Mei 2008, Dr Mahathir mengisytiharkan keluar
dari parti UMNO[16]. Beliau
mendakwa bertindak demikian kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan UMNO
sekarang yang gagal membela nasib orang Melayu di negara ini. Beliau turut
menyatakan sebab bahawa UMNO kini hanyalah dijadikan parti untuk mengiktiraf
Abdullah sebagai Presiden UMNO dan mengutamakan kepentingan keluarganya
sehingga membelakangkan negara di samping beberapa lagi sebab lain. Pengumuman
keluar UMNO ini dibuat ketika beliau berucap di hadapan 1,000 orang di Alor
Star, Kedah.
Sesetengah pemerhati politik berpendapat tindakan keluar UMNO berkait
rapat dengan cubaan gagal Dr Mahathir untuk mendesak Abdullah turun dari
jawatan sebagai presiden UMNO. Menurut sebuah tabloid The Malaysian Insider, Dr
Mahathir mengadakan perjumpaan dengan Dato' Seri Najib Tun Razak, Timbalan
Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri pada 18 Mei 2008. Perjumpaan
itu berkemungkinan tidak berhasil memujuk Najib menentang Abdullah menyebabkan
Mahathir tidak mempunyai pilihan lain selain keluar dari UMNO[17].
Mengulas pengumuman Mahathir keluar dari UMNO, bekas timbalan perdana
menteri, Tun
Musa Hitam di dalam tabloid dilaporkan berkata 'duri dalam
daging sudahpun terkeluar' dan pucuk pimpinan UMNO pula harus menerima realiti
bahawa UMNO tidak sekuat dahulu dan konsep 'Mahathirisme' sudah berlalu[18].
Sehari selepas perlantikan secara rasmi Datuk Seri Najib sebagai Perdana
Menteri Malaysia yang keenam, Dr. Mahathir bersama-sama isterinya, Dr. Siti
Hasmah dan anak mereka, Datuk Mokhzani telah menyerahkan borang untuk menjadi
ahli UMNO semula. Upacara tersebut berlangsung di kediaman rasmi Perdana
Menteri di Putrajaya.[19] Bertitik
tolak kemasukan inilah UMNO menjadi kuat semula dan keyakinan rakyat terhadap
kepimpinan negara yang diterajui UMNO semakin dipulihkan[perlu rujukan].
Hasil Penulisan
·
Regionalism, Globalism, and Spheres of Influence: ASEAN and the
Challenge of Change into the 21st century (1989) ISBN 981-3035-49-8
·
The Pacific Rim in the 21st century,(1995)
·
A New Deal for Asia, (1999)
·
Globalisation and the New Realities (2002)
·
A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad, (8 Mac 2011) ISBN 978-967-599-722-8
Penulisan blog
Beliau mula menulis blog pada 1 Mei 2008 pada pukul 1:27 AM, dengan
penulisan beliau "The Appointment of Judges". Pada 19 Jun,
blog beliau telah berpindah ke laman baru yang lebih dipercayai dan selamat
simpanannya.[20]
Kini blog beliau terletak di http://chedet.cc/blog/.
Garis masa
·
1925: Dilahirkan di
Alor Setar, Kedah pada 20 Disember.
·
1945: Mengambil
bahagian dalam penentangan Malayan Union.
·
1946: Menjadi ahli
UMNO semasa ia ditubuhkan.
·
1953: Mendapat ijazah
perubatan dari Kolej Perubatan King Edward (yang kemudiannya
dikenali sebagai Universiti Malaya) di Singapura;
·
1954: Berkhidmat
sebagai pegawai perubatan di Hospital
Alor Star, Hospital Langkawi, Hospital Jitra dan Hospital Perlis.
·
1957: Berhenti dari
perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya sendiri, MAHA Klinik di Alor Setar.
·
1964: Dipilih sebagai
Ahli Parlimen Kota Setar atas tiket Parti Perikatan selepas
beliau menewaskan calon PAS, Mohd Shaari Haji Abdul Shukur, dengan majoriti
4,210 undi; Dr Mahathir mendapat 12,406 undi, sementara Mohd Shaari mendapat
8196 undi.
·
1965: Menjadi ahli Majlis
Tertinggi UMNO.
·
1968: Dilantik
sebagai Pengerusi Majlis Pelajaran Tinggi.
·
1969: Ditewaskan oleh
calon Pas, Haji Yusoff
Rawa dalam Pilihanraya pada 10 Mei, dengan 989 undi di kawasan
Kotar Setar; beliau dikatakan kalah kerana kehilangan "undi Cina"
apabila beliau mengumumkan bahawa beliau tidak perlu undi Cina untuk memenangi
dalam pilihanraya;
·
Dipecat jawatan daripada Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai, berikutan
pengedaran suratnya kepada Tunku
Abdul Rahman;
·
Diberhentikan keahliannya dalam UMNO pada 26 September.
·
1970: Mengeluarkan
buku dalam bahasa
Inggeris yang bertajuk "Dilema Melayu" (The
Malay Dilemma); buku ini diharamkan dengan serentak.
·
Dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Perindustrian Makanan
Malaysia (FIMA).
·
1973: Dilantik
sebagai senator.
·
1974: Dilantik
sebagai Pengerusi Majlis Universiti Nasional;
·
Melepaskan jawatan sebagai senator untuk bertanding di Pilihanraya 1974,
yang mana beliau menang tanpa bertanding;
·
Dilantik sebagai Menteri Pelajaran pada 5 September.
·
1975: Menjadi salah
satu daripada tiga naib presiden UMNO, selepas memenangi dengan majoriti
sebanyak 47 undi.
·
1976: Menjadi
Timbalan Presiden UMNO pada 5 Mac.
·
1978: Dilantik
sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia oleh Tun Hussein Onn pada 15 September;
·
Melepaskan jawatan sebagai Menteri Pelajaran untuk menjadi Menteri Perdagangan dan
Perindustrian Malaysia (1 Jun 1978 - Julai 1981);
·
1981: Menjadi Presiden UMNO pada 26 Jun, dan Perdana
Menteri Malaysia ke-empat pada 10 Julai, berikutan
perletakan jawatan Tun Hussein Onn atas sebab-sebab kesihatan;
·
Menjadi Menteri Pertahanan (18 Julai, 1981 - 6 Mei, 1986) disamping memegang
jawatan Perdana Menteri;
·
Melancarkan slogan-slogan "Bersih, Cekap dan Amanah",
"Kepimpinan Melalui Teladan", the "Dasar
Pandang ke Timur", "Pemupukan Nilai-nilai Islam", dan
polisi pemulauan barang UK ("Buy
British Last");
·
Mencepatkan masa sebanyak setengah jam di Semenanjung
Malaysia untuk menyeleraskannya dengan Malaysia Timur;
·
Meminta maaf daripada Tunku Abdul Rahman secara umum;
·
Menarik balik pengharaman buku Dilema Melayu (The
Malay Dilemma)
·
Merancangkan serangan subuh dengan pengambilan kembali Guthrie Corporation oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNB) di Bursa
Saham London pada 7 September, supaya
memulangkan hakmilik lebih kurang 200,000 ekar tanah pertanian kepada
rakyat Malaysia.
·
1983: Mengemaskinikan
kuasa Yang
di-Pertuan Agong dan Sultan-sultan, supaya rang
undang-undang yang diputuskan oleh Parlimen atau Dewan
Undangan Negeri dapat menjadi akta, selepas penerimaan pendapat Yang
Di-Pertuan Agung ataupun Sultan-sultan negeri masing-masing;
·
Menubuhkan PROTON,
sebuah projek kereta nasional.
·
1986: Datuk Musa Hitam meletakkan
jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 27 Februari;
·
Ghafar Baba dilantik
sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia;
·
Menjadi Menteri Dalam Negeri pada 7 Mei di samping memegang
jawatan Perdana Menteri;
·
Suatu pertikaian tertimbul dengan negeri Singapura tentang
lawatan rasmi Chaim Herzog, Presiden negara Israel.
·
1987: Menewaskan
cabaran Tengku
Razaleigh Hamzah untuk jawatan Presiden UMNO dengan majoriti
yang nipis sekali pada 24 April;
·
Menjadi Menteri Kehakiman di samping memegang jawatan Menteri Dalam
Negeri dan Perdana Menteri Malaysia.
·
1988: Memecat empat hakim Mahkamah Tertinggi,
termasuk Tun Salleh
Abas kerana menghalang perbicaraan tentang salah laku tata tertib semasa
kehadapan UMNO akan diputuskan oleh Mahkamah Tertinggi (pada masa itu, UMNO
telah diharamkan oleh Makhamah Tinggi);
·
1990: Menjadi Menteri
Hal-Ehwal Dalam Negeri (Oktober 1990 - Januari 1999) di samping memegang
jawatan Perdana Menteri.
·
1993: Melantik Datuk
Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri;
·
Mengehadkan pengecualian Sultan-sultan daripada pendakwaan,
selepas peristiwa Douglas Gomez;
·
Perhubungan di antara Dr. Mahathir dan pemimpin-pemimpin Australia merosot
apabila Paul Keating mewajahkan Dr. Mahathir sebagai
seorang yang degil ("recalcitrant") kerana enggan menghadiri Persidangan APEC.
·
1997: Menetapkan
nilai mata wang Malaysia
pada 1 September supaya
mengatasi Krisis
Kewangan Asia 1997.
·
1998: Memecat Datuk
Seri Anwar
Ibrahim dari semua jawatan dalam kerajaan dan dalam UMNO pada 2 September;
·
Mendakwa Anwar Ibrahim atas kesalahan liwat dan penyalahgunaan kuasanya;
Anwar dihadapkan ke mahkamah pada 2 November;
·
Pergaulan dengan Amerika Syarikat menjadi
buruk apabila Al Gore,
Naib Presiden Amerika Syarikat, merendahkan nama baik negara Malaysia di
Persidangan APEC yang pada
masa itu dianjurkan oleh Malaysia.
·
Melantik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Timbalan
Perdana Menteri;
·
Pembukaan rasmi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, yang menelan kos sebanyak
RM13 bilion;
·
Penghabisan pembinaan Menara
Berkembar Petronas yang mempunyai 88 tingkat, iaitu menara berkembar yang
tertinggi di dunia;
·
Dipilih sebagai "Asia's Newsmaker of 1998" oleh Majalah TIME.
·
1999: Menjadi Menteri
Kewangan Pertama pada 8
Januari, di samping memegang jawatan Perdana Menteri ketika Malaysia
masih mengalami Krisis Ekonomi 1997;
·
Pembukaan rasmi Cyberjaya,
sebuah bandar yang baru yang memainkan peranan yang penting dalam Koridor
Raya Multimedia Malaysia.
·
2001: Menjadi Menteri
Kewangan dan Menteri Tugas-tugas Khas (5 Jun 2001) disamping memegang jawatan
Perdana Menteri.
·
2002: Mengumumkan
penggunaan bahasa Inggeris untuk mengajarkan mata pelajaran Matematik dan Sains, mulai tahun 2003;
·
Mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO, tetapi telah
dirayu untuk membuat penangguhan selama 18 bulan.
·
2003: Bersara sebagai
Perdana Menteri Malaysia pada 31 Oktober, 2003 dan menamakan timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi, sebagai pengganti; beliau
memegang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun, dan terjadi salah satu
daripada pemimpin-pemimpin negara Asia yang paling lama
perkhidmatannya;
·
Dianugerahkan sebagai Tun,
pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia.
·
2008: Dianugerahkan
Seri Utama Mahkota Wilayah (S.U.M.W.) membawa gelaran "Datuk Seri
Utama".