Abdullah
bin Ahmad Badawi
![]() |
|
Tempoh berjawat
31 Oktober 2003 – 3 April 2009 |
|
Raja
|
|
Timbalan
|
|
Didahului oleh
|
|
Digantikan oleh
|
|
Tempoh berjawat
Januari 1999 – 31 Oktober 2003 |
|
Didahului oleh
|
|
Digantikan oleh
|
|
Ahli Parlimen
bagi kawasan Kepala Batas |
|
Mula berkhidmat
1978 |
|
Tempoh berjawat
31 Oktober 2003 – 15 September 2006 |
|
Didahului oleh
|
|
Digantikan oleh
|
|
Tarikh lahir
|
|
Tempat lahir
|
|
Parti politik
|
|
Pasangan
|
Datin Paduka Seri Endon Mahmood Ambak (meninggal
Okt 2005)
Tun Jeanne Abdullah |
Agama
|
|
Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (lahir: 26 November 1939; juga dikenali sebagai Pak
Lah) merupakan bekasPerdana
Menteri Malaysia ke-5, mewarisi kepimpinan daripada Tun
Dr. Mahathir
bin Mohamad. Beliau juga merupakan bekas Presiden UMNO ke-6, parti politik yang
paling besar dalam Malaysia. Selepas melepaskan jawatan Perdana Menteri
Malaysia, 1 September 2009, beliau dilantik menjadi Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia(IKIM).[1]
Sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau dilantik pada beberapa jawatan
tinggi dalam kerajaan Malaysia. Namun, beliau dipecat sebagai Menteri kerana
menyokong 'Team B' dalam Majlis Agung UMNO pada tahun 1987. Beliau tidak
menjadi anggota kabinet lagi sehingga 1991. Anwar Ibrahim, yang
pada masa itu Timbalan Perdana Menteri, dipecat oleh Tun Dr. Mahathir pada
tahun 1998. Pada tahun 1999 Abdullah dilantik sebagai Timbalan kepada Tun Dr.
Mahathir, dan pada tahun 2003, Abdullah akhirnya mewarisi jawatan Tun Dr.
Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO.
Biodata peribadi
Dilahirkan dalam keluarga yang warak di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang, beliau
menerima pendidikan
menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan
Tinggi Bukit Mertajam dan di Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang.
Abdullah memulakan kerjayanya sebagai guru. Beliau pada mulanya ingin belajar
Ekonomi di Universiti, namun setelah gagal dalam kertas Statistik, beliau tidak
dibenarkan melanjutkan kursus kepujian dalam bidang ekonomi dan memilih untuk
belajar Pengajian Islam[2]. Selepas
menerima Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam daripada Universiti Malaya pada
tahun 1964, beliau menyertai sektor perkhidmatan awam sebagai Penolong
Setiausaha di Jabatan
Perkhidmatan Awam. Pada tahun 1969, Abdullah berpindah ke Majlis
Gerakan Negara (MAGERAN), sebuah badan yang berkuasa eksekutif untuk
mentadbir negara yang ditubuhkan selepas rusuhan kaum pada Mei 1969. Abdullah
kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pengarah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan,
sebelum menjadi Timbalan Ketua Setiausaha dalam kementerian yang sama pada
tahun 1974.
Abdullah berkahwin dengan Allahyarhamah Datin Seri Endon binti Dato'
Mahmood pada tahun 1965 dan dikurniakan dua orang cahayamata
dan empat cucu. Pada20
Oktober 2005, Endon Mahmood
meninggal dunia selepas bergelut dengan penyakit
barah payu dara sejak 2003.
Dalam tempoh kurang daripada 2 tahun menduda, beliau berkahwin
dengan Jeanne
Abdullah dan melangsungkan akad nikah pada 9 Jun 2007.
Beliau dikatakan mementingkan menikmati makan malam bersama keluarga dan
gemar makanan Jepun. Sebagai
seseorang yang dibesarkan di Pulau Pinang, beliau
amat gemar mencuba pelbagai jenis makanan.
Setiap hari, selepas sembahyang Maghrib, beliau akan
mengaji Al-Quran. Adalah menjadi
kebiasaan beliau menulis nota dalam Jawi. Karangan Shakespearekegemaran
beliau ialah ‘Julius
Caesar’. Selain dari keluarga sendiri, tokoh yang banyak
mempengaruhinya, yang beliau anggap sebagai mentor ialah Tun Abdul Razak.
Abdullah Badawi sendiri pernah menulis sebuah Puisi 'Ku
Cari Damai Abadi' yang mendapat sambutan baik daripada para
sasterawan Malaysia dan diterjemahkan ke lebih daripada 80 bahasa dunia (projek
Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya yang
dipimpin oleh Prof. Madya Dr. Victor Pogadaev). Dinsman dalam
prakata kepada buku terjemahan puisi itu menulis: '... Puisi itu pun sebuah
puisi yang baik mutunya. Dalam hanya beberapa untaian kata, dengan
ungkapan-ungkapan yang bernas, ia berhasil menyampaikan mesej dan makna yang besar,
mendalam.
Antara peristiwa dunia yang meninggalkan kesan yang mendalam pada diri beliau ialah peristiwa 9/11, yang telah mendorong beliau untuk memperjuangkan fahaman Islam yang sederhana. Beliau juga adalah pencetus Islam Hadhari[1].
Beliau juga sangat berminat dengan kereta. Malangnya beliau tidak banyak
berpeluang memandu kereta sendiri atas sebab-sebab keselamatan. Untuk
menghilangkan lelah bekerja, beliau mungkin bermain golf, melakukan senaman atau meluangkan
masa bersama cucu-cucunya. Abdullah juga gemarkan pertunjukan muzikal – ‘My Fair Lady’ antara yang paling diminatinya – serta
seniman klasik seperti Nat King Cole. Beliau juga mempunyai alat iPod
Nano. Beliau menghargai hasil seni Malaysia, dan
merupakan seorang pengumpul seni ukiran kayu, serta anyaman rotan.
Kerjaya dan politik
Menyertai UMNO
Abdullah menyertai UMNO pada
tahun 1964. Pada tahun 1978, beliau meletakkan jawatan untuk menjadi ahli parlimen Kepala Batas di Seberang Perai Utara
(kawasan parlimen yang pernah diwakili oleh allahyarham ayahandanya) sehingga
kini. Sejak 1981, Abdullah adalah ahli Majlis Tertinggi UMNO. Beliau telah
dipilih memegang jawatan Naib Presiden UMNO pada tahun 1984, 1987 dan 1990, dan
dipilih semula untuk jawatan tersebut pada tahun 1996. Pada Perhimpunan Agung
UMNO 2000, Abdullah dilantik sebagai Timbalan Presiden bagi penggal 2000 -
2003.
Pada awal tempoh khidmat Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, satu
pertikaian yang pahit terletus dalam UMNO dan membahagikan parti menjadi dua
kem. Kumpulan yang menyokong Dr Mahathir digelar 'Team A' manakala kumpulan
yang menyokong bekas Menteri Kewangan, Tengku
Razaleigh Hamzah dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan
Sri Musa Hitam digelar
'Team B'. Kemenangan Mahathir menyebabkan Tengku Razaleigh Hamzah dihalang
daripada menyertai UMNO (Baru) yang baru ditubuh. Oleh sebab Abdullah seorang
penyokong kuat kepada Musa Hitam, mentor politiknya, beliau dipecat sebagai
Menteri Pertahanan dalam kabinet.
Abdullah dikembalikan jawatannya dalam kabinet pada 1991 dan diberikan
jawatan Menteri Luar Negeri. Sehingga 1987, beliau pernah menjawat jawatan:
·
Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan (1978-80)
·
Timbalan Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan (1980-81)
·
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1981-84)
·
Menteri Pelajaran (1984-86)
·
Menteri Pertahanan (1986-87)
·
Menteri Luar Negeri (15 Mac 1991 - Januari 1999).
Sebagai Timbalan Perdana Menteri
Kerjaya politiknya kembali sempurna dengan perlantikan beliau sebagai
Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Hal-ehwal Dalam Negeri pada Januari
1999, selepas pemecatan Anwar Ibrahim.
Sebagai Menteri Hal-ehwal Dalam Negeri, Abdullah membatalkan pengharaman Kitab Iban.
Seterusnya, Abdullah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap
Menteri Dalam Negeri pada Januari 1999, sebelum dilantik menjadi Perdana
Menteri Malaysia pada 31 Oktober 2003. Selain itu, Abdullah juga adalah Menteri
Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri.
Sebagai Perdana Menteri
Sejak menjadi perdana menteri, Abdullah telah berjanji mengetatkan
kawalan rasuah dengan
memberikan lebih kuasa kepada agensi-agensi pencegah rasuah serta memudahkan
rakyat untuk mendedahkan amalan rasuah kepada pihak berkuasa. Beliau juga
membuat tuduhan rasuah ke atas beberapa tokoh masyarakat dari zaman Mahathir,
satu tindakan yang dipuji oleh orang ramai.
Abdullah juga mengemukakan Islam Hadhari, satu
tafsiran Islam yang mengatakan bahawa perkembangan ekonomi dan teknologi adalah
secocok dengan ajaran Islam. Selain itu, pentadbirannya menumpukan pemulihan
sektor pertanian Malaysia.
Pada 10 September 2004, Abdullah, sebagai Menteri Kewangan, mengemukakan belanjawan sulungnya
yang dianggap oleh orang ramai sebagai berorientasi pengukuhan dan
penyelenggaraan berbanding dasar pertumbuhan yang ditekankan oleh Dr Mahathir.Abdullah
juga terkenal kerana menekankan keselamatan dalam negeri, selepas menyaksikan
pertumbuhan amalan rasuah seperti penyogokan dalam pasukan polis.
Dikenali dalam lingkungan orang Melayu di Malaysia sebagai Pak
Lah (singkatan untuk "Pak Cik Abdullah"), kerajaan Malaysia
telah mengeluarkan kenyataan bahawa Abdullah harus tidak dirujuk dengan nama
panggilannya dalam dokumen rasmi serta dalam surat khabar; bagaimanapun, nama
panggilan tersebut masih boleh digunakan secara tidak rasmi. Sebenarnya,
Abdullah sering menggunakan nama panggilan itu untuk merujuk kepada diri
sendiri dalam perhimpunan awam. Sejak menjadi Perdana Menteri, Abdullah telah
menjawat jawatan pengerusi untuk Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM)
dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Bermula dari
2005, beliau juga menjadi pengerusi untuk ASEAN.
Pasca Perdana Menteri
Selepas melepaskan jawatan perdana menteri dan presiden UMNO, beliau
berehat sebentar di luar negara dan pada 1 September 2009, beliau dilantik
menjadi pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia(IKIM).
Sebagai Presiden Barisan Nasional
Apabila Tun Dr. Mahathir berundur dari arena politik, beliau telah
menggantikan beliau sebagai pucuk pimpinan parti pemerintah, Barisan Nasional.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 yang merupakan
pilihan raya sulung Abdullah sejak menjadi Perdana Menteri, beliau mencapai
kemenangan besar untukBarisan
Nasional, parti campurannya, dengan pencapaian 198 daripada 220
kerusi di Parlimen. Di Terengganu,
partinya menewaskan PAS yang
merupakan kerajaan negeri itu serta hampir-hampir menawan kubu PAS di Kelantan. Kemenangan
ini dianggap secara meluas sebagai tanda berkenan kepada visi Islam yang
sederhana berbanding fundamentalisme agama serta sokongan kepada dasar-dasar
pencegah rasuahnya.Pada September 2004, sewaktu dilepaskan dari penjara, bekas
Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, yang telah dikurung oleh bekas Perdana
Menteri, Dr Mahathir, memuji Abdullah di khalayak ramai kerana tidak campur
tangan sewaktu mahkamah mengubah keputusan tentang sabitan liwatnya.
Selepas kecemerlangan besar dalam penggal pertama beliau sebagai Perdana
Menteri Malaysia apabila menyapu banyak kerusi pada Pilihanraya Umum Malaysia 2004, beliau menerima
tamparan dan ujian hebat apabila Barisan Nasional yang diketuainya pada Pilihan raya umum Malaysia 2008 telah gagal
mempertahankan majoriti 2/3 kerusi Parlimen dan kehilangan kuasa pemerintahan
di 4 buah negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah, dan Perak kepada
parti pembangkang serta sekali lagi gagal merampas balik kuasa di Kelantan dalam
Pilihanraya Umum Malaysia 2008. Oleh ini, bekas Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohammadberpendapat
bahawa Abdullah harus mempertimbangkan perletakan jawatannya sebagai Perdana
Menteri Malaysia setelah kegagalan besar Barisan Nasional dalam pilihanraya
tersebut. [2]
Melepaskan jawatan Perdana Menteri
Abdullah tidak menawarkan diri untuk menjadi calon Presiden pada
pemilihan Agung UMNO pada 2009. Ini kerana beliau ingin menyerahkan jawatan
tersebut kepada pengganti beliau sebagai Presiden UMNO sekaligus sebagai
Perdana Menteri Malaysia ke-6.
Modal Insan sentiasa mendapat tempat di hati Tun Abdullah Ahmad Badawi
sepanjang memegang jawatan sebagai Perdana Menteri. Ini kerana beliau percaya
modal insan merupakan aset terpenting untuk memacu negara ke hadapan. Selain
itu pemahaman Islam Hadhari juga menyumbangkan kepada pembangunan modal insan
ini. Itulah legasi Abdullah kepada Malaysia selepas mengundurkan diri sebagai
pemimpin No. 1 negara. Oleh itu, beliau telah dikenali sebagai Bapa Pembangunan
Modal Insan.
Kontroversi
Setelah gerakan untuk menuduh orang-orang kenamaan seperti Eric
Chia dan Isa Abdul Samad dengan rasuah, usaha pentadbiran
Abdullah untuk membanteras rasuah dikatakan menjadi kurang jelas. Masih
dibahaskan sama ada Abdullah masih terus melawan rasuah secara diam-diam
ataupun dia telah sengaja melambatkan usaha dalam menghapuskan rasuah.
Walaupun Abdullah mengatakan bahawa dia mengalu-alukan pandangan atau
kritikan yang membantu memperbaiki pentadbirannya, dia telah memberi amaran
kepada Mukhriz Mahathir yang mengkritik dasar ekonominya pada Mesyuarat Agong
UMNO 2006. [4] Kerajaannya
juga cuba mengawal sumber-sumber "bawah tanah" seperti laman web,
forum dan blog, menganggap mereka yang menyebarkan maklumat secara maya sebagai
"tidak punya kredibiliti". [5] Di
bawah Bill of Guarantee MSC, kebebasan Internet dijamin oleh
kerajaan Malaysia. Oleh itu sebarang usaha untuk menyekat kebebasan bersuara di
Internet dilihat sebagai usaha sia-sia.
Kebebasan media
Abdullah juga sering dikritik oleh penulis blog Malaysia dan media luar
negara kerana sentiasa mendiamkan diri dengan kritikan terhadapnya. Dia telah
bersumpah untuk bertindak keras ke atas penunjuk-penunjuk perasaan yang
pro-demokrasi dan memberi sokongannya kepada polis untuk menghapuskan
pertunjukan perasaan dan menangkap peserta dalam pertunjukan perasaan. [3] Ini telah diikuti oleh suatu
siri larangan media berkenaan beberapa perhimpunan pro-demokrasi bersifat aman
seperti Perhimpunan Bersih 2007 yang diadakan pada 10 November 2007. Media
tempatan yang dikawal oleh kerajaan Malaysia tidak menyiarkan hal itu (dengan
penuh) sedangkan ia telah diperihalkan oleh media luar negara seperti
Al-Jazeera, Reuters, BBC dan CNN. Abdullah kemudian menyatakan bahawa dia
pantang dicabar. [4]
Pembubaran Parlimen Malaysia pada 13 Februari 2008
Abdullah Badawi sekali lagi dikritik mengamalkan tabiat menipu oleh
ahli-ahli politik pembangkang, setelah beliau mengumumkan pembubaran Parlimen
Malaysia pada 13
Februari 2008. [5] Ini kerana
beliau telah berjanji pada 12 Februari 2008 bahawa pembubaran Parlimen
tidak akan berlaku pada hari keesokan. [6]
Walau bagaimanapun, ketika ditanya wartawan mengapa Parlimen dibubarkan
pada 13 Februari sedangkan beliau pada hari sebelumnya menafikan akan
membubarkan Parlimen, Abdullah Badawi mengatakan beliau tidak boleh memberi
sebarang bayangan mengenai pembubaran parlimen [7].
Fakta bercelaru tentang daya saing Malaysia
Pada 28 Januari 2008, Abdullah Badawi mendakwa bahawa Malaysia di tangga
kelapan dunia dalam konteks daya saing negara berdasarkan Laporan Daya Saing
Dunia 2007 (World Competitiveness Yearbook 2007). Dakwaan itu hanya betul di
kalangan kategori negara-negara yang mempunyai populasi 20 juta penduduk
ke-atas, manakala keseluruhannya Malaysia hanya menduduki tempat ke-23 di dalam
dunia. [8]
Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim
mengatakan bahawa Abdullah Badawi sengaja memutarbelitkan hakikat dan keputusan
Abdullah untuk mengeluarkan fakta yang bercelaru ini adalah usaha yang sangat
lemah untuk menyembunyikan fakta bahawa asas-asas ekonomi Malaysia telah gagal
bergerak di bawah pemerintahannya. Menurut Anwar, daya saing Malaysia semakin
merosot dan dalam keadaan di mana ekonomi Malaysia dulunya setaraf dengan
Singapura dan Hong Kong, Malaysia sekarang di kedudukan ke-23 di seluruh dunia,
manakala Singapura di kedudukan kedua dan Hong Kong ketiga.
Anwar berpendapat bahawa Malaysia memerlukan kepimpinan yang lebih
berwibawa sekiranya Malaysia ingin memperkasakan ekonominya sebagai gagasan
ekonomi bertaraf global.[9]
Usul undi tidak percaya
Pada 14 Julai 2008, ketua pembangkang Datuk Seri
Dr Wan
Azizah Wan Ismail mengetuai 14 Anggota Parlimen dari PKR, PAS dan DAP mengemukakan usul undi tidak
percaya terhadap kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi di bawah Peraturan Mesyuarat
18 (1) dan (2). Usul itu "Bahawa Dewan yang mulia ini mengambil ketetapan
tidak percaya terhadap kepimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia dan jemaah
menteri beliau dalam menjalankan urus tadbir negara disebabkan terhakisnya keyakinan
rakyat terhadap integriti kerajaan." Bagaimanapun usul itu ditolak
oleh Speaker
Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar
Amin Mulia dengan alasan peraturan 18(7).[6] SAPP pimpinan Datuk Yong Teck Lee bertindak
keluar dari Barisan
Nasional kerana tidak lagi mempercayai Datuk Seri
Abdullah. UPKO juga hendak
mengikut jejak SAPP tetapi membatalkan hasrat itu.[7]
Serah 'blok minyak RM320b' kepada Brunei
Pada 30 April 2010, Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
mendakwa penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menyerahkan kepada
Brunei dua blok pengeluaran minyak luar pantai, Blok L dan Blok M yang kaya dengan
minyak sebelum bersara awal pada 2008 seperti yang dilaporkan oleh The Edge
Financial Daily (22 April) dan Brunei Times sebagai pertukaran dengan
daerah Limbang, Sarawak.[8]Ia 'dinafikan'
oleh beliau yang berkata bahawa sumber di 'blok L dan M' di Laut China Selatan
yang dirujuk oleh Dr Mahathir, kini dikongsi bersama oleh Malaysia dan Brunei
di bawah perjanjian wilayah dan komersil yang ditandatangani pada 16 Mac 2009
untuk tempoh 40 tahun, bertujuan untuk menyelesaikan isu sempadan antara kedua
negara.[9]
Anugerah
Tahun
|
Nama Anugerah
|
Daripada
|
2010
|
Seri Utama Mahkota Wilayah (S.U.M.W.) - Datuk
Seri Utama
|
Persekutuan
|
2009
|
Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) - Tun
|
Persekutuan
|
2007
|
Bintang Republik Indonesia Adi Pradana
|
Indonesia
|
2005
|
Darjah Seri Utama Sultan Mizan Zainal Abidin (S.U.M.Z.)
|
Terengganu
|
2004
|
Ijazah Doktor Persuratan (Honoris Causa)
|
Universiti Jamia Millia Islamia, New Delhi, India
|
2004
|
Pingat Jose Marti (Jose Marti Order)
|
Cuba
|
2004
|
Darjah Utama Negeri Melaka (D.U.N.M.) - Datuk Seri Utama
|
Melaka
|
2004
|
Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (D.K.J.)
|
Johor
|
2003
|
Datuk Patinggi Bintang Kenyalang (D.P.) - Datuk Patinggi
|
Sarawak
|
2003
|
Darjah Seri Paduka Sultan Azlan Shah (S.P.S.A.) - Dato' Seri Diraja
|
Perak
|
2001
|
Fellowship Kehormat
|
Institute of Engineers Malaysia
|
2001
|
Darjah Setia Tuanku Syed Sirajuddin Jamallulail (S.S.S.J.) - Dato'
Seri Diraja
|
Perlis
|
2000
|
Darjah Seri Paduka Negeri Sembilan (S.P.N.S.) - Datuk Seri Utama
|
Negeri Sembilan
|
2000
|
Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) - Dato' Seri
|
Selangor
|
1999
|
Fellowship Kehormat
|
London Chartered Institute of Marketing
|
1999
|
Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat DiMulia -
Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad (S.S.A.P.) - Dato' Seri
|
Pahang
|
1999
|
Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.) - Datuk Seri Panglima
|
Sabah
|
1997
|
First Class Order Of Friendship Of DPRK
|
Republik Rakyat Demokratik Korea (Korea Utara)
|
1997
|
Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (D.G.P.N.) - Datuk Seri
|
Pulau Pinang
|
1994
|
A Knight Grand Cross, First Class Of The Most Exalted Order Of The
White Elephant
|
Thailand
|
1994
|
Grand Cross Of The Order Of Merit
|
Chile
|
1992
|
Dato' Salahuddin Abdul Aziz Shah (D.S.S.A.) - Dato'
|
Selangor
|
1992
|
Anuguerah "Qwang Hwa Chang" dari Republik Korea
|
Republik Korea (Korea Selatan)
|
1991
|
Grand Cordan Of The Order Of The Sacred Treasure
|
Jepun
|
1987
|
Kedoktoran Kehormat oleh Universiti Western Michigan, Amerika Syarikat
|
Amerika Syarikat
|
1983
|
Diplomatic Service Merit, The Kwangha Medal oleh Presiden Republik
Korea, Chun Doo Hwan
|
Republik Korea (Korea Selatan)
|
1981
|
Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (D.M.P.N.) - Datuk
|
Pulau Pinang
|
1979
|
Darjah Johan Negeri (D.J.N.)
|
Pulau Pinang
|
1974
|
Kesatria Mangku Negara (K.M.N.)
|
Persekutuan
|
1971
|
Ahli Mangku Negara (A.M.N)
|
Persekutuan
|
Garis masa
·
1939: Dilahirkan
di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 26 November.
·
1964 (umur 25):
Memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Islam dari Universiti Malaya;
menjadi Penolong Setiausaha, Jabatan
Perkhidmatan Awam(sehingga 1969).
·
1965 (umur 26):
Berkahwin dengan Datin Paduka Seri Endon Mahmood.
·
1969 (umur 30):
Dilantik sebagai Ketua Penolong Setiausaha kepada Majlis
Gerakan Negara, Jabatan Perdana Menteri Malaysia (sehingga 1971).
·
1971 (umur 32):
Dilantik sebagai Ketua Pengarah, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (sehingga
1973).
·
1974 (umur 35):
Dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Kebudayaan, Belia dan
Sukan.
·
1978 (umur 39):
Menjadi Ahli Parlimen Kepala
Batas; juga menjadi Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah
Persekutuan (sehingga 1980).
·
1980 (umur 41):
Dilantik sebagai Timbalan Menteri Kementerian Wilayah Persekutuan (sehingga 1981).
·
1981 (umur 42):
Menjadi ahli Majlis
Tertinggi UMNO; menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (sehingga
1984).
·
1984 (umur 45):
Dilantik sebagai Menteri Pendidikan sehingga 1986; menjadi Naib Presiden UMNO sehingga 1990.
·
1986 (umur 47):
Dilantik sebagai Menteri Pertahanan (sehingga 1987).
·
1990 (umur 51):
Dilantik sebagai Ketua Delegasi UMNO ke Jawatankuasa Perundingan Ekonomi
Negara/Pengerusi Jawatankuasa Penyusunan Semula Masyarakat.
·
1991 (umur 52):
Dilantik sebagai Menteri Luar Negeri (sehingga 1999).
·
1993 (umur 54):
Menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO (sehingga 1996).
·
1996 (umur 57):
Menjadi Naib Presiden UMNO.
·
1998 (umur 59):
Menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang.
·
1999 (umur 60):
Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada Januari
sehingga Oktober 2003; menjadi Timbalan Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).
·
2000 (umur 61):
Menjadi Timbalan
Presiden UMNO pada Mei.
·
2003 (umur 64):
Dilantik sebagai Perdana
Menteri Malaysia yang kelima pada 31 Oktober.
·
2004 (umur 65):
Menjadi Presiden
UMNO pada September.
·
2007 (umur 68):
Berkahwin dengan Datin Seri Jeanne Abdullah pada 9 Jun.
·
2008 (umur 69):
Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Abdullah mengekalkan kuasa tetapi
tidak mendapat majoriti dua pertiga dalam Pilihanraya Umum ke-12.