![]() |
|
Raja
|
|
Timbalan
|
|
Didahului oleh
|
|
Kawasan
|
|
Tempoh berjawat
7 Januari 2004 – 3 April 2009 |
|
Perdana Menteri
|
|
Didahului oleh
|
Abdullah bin Ahmad Badawi
|
Digantikan oleh
|
|
Tempoh berjawat
4 Mei 1982 – 14 Ogos 1986 |
|
Monarki
|
|
Didahului oleh
|
|
Digantikan oleh
|
|
Ahli Parlimen Parlimen
bagi P85 Pekan, Pahang |
|
Mula berkhidmat
1986 |
|
Majoriti
|
35,613 (PRU-13)
|
Tarikh lahir
|
|
Tempat lahir
|
|
Parti politik
|
|
Pasangan
|
|
Anak
|
5
|
Agama
|
Yang Amat Berhormat Dato' Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak[1] (lahir 23 Julai 1953) adalah Perdana Menteri Malaysia (ke-6)
terkini sejak 3 April 2009, selain sebagai Menteri Kewangan
dan ahli parlimen Pekan,Pahang. Beliau adalah anak lelaki
sulung kepada bekas perdana
menteri Malaysia yang kedua, Tun
Abdul Razak Dato' Hussein. Di peringkat akar umbi politik, beliau
merupakan Presiden UMNO yang ke-7. Selain itu, ia masih memiliki darah
bangsawan Makassar iaitu
susur galur daripada keturunan Sultan Hassanudin, Sultan Makasar terakhir
di Gowa, Sulawesi Selatan.
Latar belakang
Dato' Seri Najib dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang. Beliau merupakan anak
sulung kepada Tun
Abdul Razak Husseindan Toh Puan Rahah
Mohammad Noah.
Pada tahun 1976, Najib berkahwin dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar dan
mendapat tiga anak: Mohd
Nizar Najib (lahir 1978), Mohd Nazifuddin Najib dan Puteri
Norlisa Najib. Pada tahun 1987 beliau bercerai dengan Ku Yie dan berkahwin
dengan Datin Seri Rosmah
Mansor dan mendapat dua anak lagi: Mohd Norashman Najib dan
Nooryana Najwa Najib. Beliau juga sepupu kepada Datuk
Hishamuddin Tun Hussein.
Pendidikan
Najib mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institusi
St. John, Kuala
Lumpur, dan kemudian belajar di Kolej
Lelaki Malvern di Worchestershire, England. Beliau
mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidangEkonomi Industri daripada Universiti
Nottingham, England pada tahun 1974.
Politik
Najib mula menceburkan diri dalam arena politik setelah
kematian mengejut bapanya, Tun Abdul Razak Hussein diLondon pada 14 Januari 1976. Beliau menang tanpa bertanding
merebut kerusi Parlimen Pekan yang
kosong, akibat kematian bapanya, ketika berumur 23 tahun, dan merupakan ahli
parlimen termuda yang pernah dipilih ketika itu.
Najib menjadi timbalan menteri paling muda apabila dilantik
sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos pada
tahun 1978 ketika usia
25 tahun. Kemudian, pada tahun 1982 hingga 1986, beliau menjadi Menteri Besar paling
muda dalam sejarah negara apabila dilantik sebagai Menteri
Besar Pahang ketika berumur 29 tahun.
Antara jawatan yang pernah disandang dalam kabinet ialah:
·
1978-1980 - Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos
·
1980-1981 - Timbalan Menteri Pendidikan
·
1981-1982 - Timbalan Menteri Kewangan
·
1982-1986 - Menteri
Besar Pahang
·
1990-1995, 1999-2008 - Menteri Pertahanan
·
1995-1999 - Menteri Pendidikan
Najib juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Penternakan (Majuternak)
pada tahun 1977-1979. Kepimpinan beliau teruji dan terus diberi tanggungjawab
oleh pucuk pimpinan negara. Dalam UMNO, beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian
Pekan dan ahli EXCO Pemuda UMNO pada 1976. Kemudian beliau dipilih sebagai
ahli Majlis
Tertinggi UMNO mulai tahun 1981.
Pada tahun 1982, Najib memenangi
kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO tanpa bertanding setelah Datuk Mokhtar Hashim mengosongkan
jawatan itu.
Pada 1987, beliau
diumumkan sebagai Pemangku Ketua Pergerakan
Pemuda UMNO oleh Anwar Ibrahim setelah
Anwar didesak bertanding Naib Presiden UMNO. Beliau
menjadi ketua pada 25 Mei 1988 setelah UMNO ditubuhkan
semula. Pada tahun 1993 pula,
beliau bertanding jawatan Naib Presiden UMNO, ekoran langkah Anwar untuk
bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. Beliau terus mempertahankan jawatan
Naib Presiden dalam pemilihan parti pada tahun 1993, 1996 dan2000.
Pada 7
Januari 2004, Najib dilantik
sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Datuk Seri Najib
bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional .
Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Pekan, negeri Pahang. Datuk Seri Najib telah
menang dengan mendapat undi sebanyak 36262. Calon lawan ialah Khairul Anuar bin
Ahmad Zainudin dari PKR mendapat
9,798 undi -kalah.
Gagasan 1 Malaysia
Setelah beliau memegang tampuk Perdana Menteri, beliau telah
memperkenalkan Gagasan 1 Malaysia yang memupuk perpaduan rakyat di antara kaum.
Ia juga dijadikan tema kemerdekaan pada tahun 2009[3]. Terdapat
dakwaan yang menyamakannya dengan Parti politik Gagasan One Israel dan ada juga
ura-ura DAP yang cuba mengalihkan perhatian dengan retorik 'Middle
Malaysia" yang dikatakan sama seperti 1 Malaysia.
Banyak pendapat telah dimajukan oleh pelbagai pihak tentang konsep 1
Malaysia yang telah perkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Abdul
Razak apabila beliau mengambil alih teraju kepimpinan kerajaan pada 3 April
yang lalu.
Matlamat konsep 1 Malaysia ini adalah murni iaitu bagi memupuk dan
mengukuhkan perpaduan nasional satu matlamat yang telah menjadi keutamaan
setiap Perdana Menteri Malaysia semenjak Almarhum Tunku Abdul Rahman lagi.
Pemupukan dan pengukuhan perpaduan ini menjadi keutamaan kepada mereka kerana
mereka sedar tanpa usaha tersebut mana mungkin Malaysia yang bersifat pelbagai
kaum akan mampu mengekalkan kelangsungannya sebagai sebuah negara yang aman dan
makmur. Hari ini misi dan visi mulia ini diteruskan pula oleh Najib.
Walaupun matlamatnya adalah murni namun ada pihak berkepentingan yang
cuba memutarbelitkan hasrat beliau dengan menyamakan konsep ini dengan konsep
Malaysian Malaysia atau Malaysia untuk orang Malaysia konsep yang menjadi teras
perjuangan DAP. Penyamaan ini telah menimbulkan kegusaran kepada orang
Melayu/bumiputera kerana ia satu konsep yang amat sensitif kepada mereka.
Sensitiviti terhadap konsep ini terbentuk kerana walaupun konsep Malaysia untuk
orang Malaysia ini berbunyi muluk dan bersifat halwa telinga kepada
pendengarnya namun ia tidak berpijak di bumi nyata kerana gagal mengambil kira
faktor sejarah dan realiti tempatan. Teras asas konsep ini ialah penolakan
kepada sebarang bentuk tindakan afirmatif dan pelaksanaan prinsip meritokrasi sepenuhnya
di dalam dasar-dasar negara terutamanya dasar sosioekonomi. Di dalam konteks
Malaysia ketiadaan tindakan afirmatif dan pelaksanaan meritokrasi yang tidak
mengambil kira realiti ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum akan hanya
menghasilkan ketidakadilan serta ketidaksaksamaan yang akhirnya akan
mengakibatkan diskriminasi minoriti ke atas majoriti.
Konsep 1 Malaysia berbeza dari Malaysian Malaysia kerana konsep ini
bertunjangkan kepada realiti tempatan dan sejarah negara. Memahami dan
menghayati sejarah amat penting kerana seperti mana kata seorang Ahli Falsafah
Amerika berketurunan Sepanyol George Santayana, "Mereka yang tidak belajar
dari sejarah akan disumpah mengulanginya". Jika kita mengikuti ucapan
Najib semasa merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan 2009 Peringkat Kebangsaan
baru-baru ini kita akan mendapati beliau sebenarnya telah pun membezakan antara
kedua-dua konsep ini apabila memperincikan tiga teras utama konsep 1 Malaysia
iaitu penerimaan, kenegaraan dan keadilan sosial.
Teras pertama 1 Malaysia yang beliau nyatakan ialah mengubah asas
perhubungan kaum di Malaysia dari konsep toleransi kepada konsep penerimaan[4].
Transformasi dari toleransi kepada penerimaan ini amat penting kerana untuk
Malaysia mencapai kemakmuran dan keharmonian ia memerlukan iltizam rakyat
Malaysia dari pelbagai kaum. Ini termasuklah bagi merealisasikan matlamat untuk
menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi serta bebas kemiskinan.
Untuk negara terus berada di hadapan keluk kejayaan semua rakyat
Malaysia perlu terus membina di atas persamaan yang ada dan pada masa yang sama
berlapang dada menerima perbezaan yang wujud di antara satu sama lain tanpa
bersikap menghakimi atau menilai. Kita perlu meraikan perbezaan yang wujud
sebagai sumber kekuatan bukannya terperangkap dengan polemik yang berpunca dari
perkara titik bengik sehingga melupakan matlamat besar bersama.
Bantuan Rakyat 1 Malaysia
Projek BR1M yang pertama datang dari idea Datuk Seri Najib Razak untuk
membantu rakyat Malaysia yang miskin dan tidak berkemampuan. Jumlah sebanyak RM
500.00 Ringgit
Malaysia telah diberikan kepada isi rumah yang berpendapatan RM
3,000.00 sebulan. [5]
Pemberian BR1M kali kedua telah dilancarkan pada Februari 2013 dan lebih
2.5 Billion telah diagihkan kepada rakyat Malaysia seluruh Malaysia. Ini secara
langsung akan melibatkan 5.7 juta isi rumah di seluruh Negara. Tambahan
daripada RM 500 yang diagihkan oleh kerajaan kepada isi rumah, rakyat Malaysia
yang belum berkeluarga akan menerima 250 dari projek BR1M. [6]
Program Perumahan Rakyat 1 Malaysia
Perumahan Rakyat 1 Malaysia merupakan satu inisiatif yang dibuat dibawah
peruntukan akta PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan mengurus
perumahan mampu milik untuk rakyat Malaysia yang berpendapatan pertengahan
terutamanya dikawasan Bandar. Mereka yang berpendapatan pertengahan ini
dikenalpasti dengan pendapatan bulanan antara RM 2,500-RM 7,500.[7]
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak amat
prihatin dengan tekanan yang dikenakan oleh penduduk di kawasan Bandar yang
berpendapatan sederhana. Dengan perkembangan ekonomi Malaysia, Datuk Seri Najib
mengilhamkan untuk menstabilkan kehidupan rakyat terutamanya bagi mereka yang
tinggal di kawasan Bandar. Justeru itu, PR1MA akan memberi focus kepada
golongan pertengahan dengan harga rumah dari RM 100,000.00 ke RM 400,000.00
untuk dibina dibawah kawasan komuniti padat.
Program Transformasi Kerajaan
Kerajaan yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak sedang
menggerakkan proses menjalankan Transformasi Kerajaan dalam usaha untuk
meningkatkan perkhidmatan awam, meningkatkan kecekapan pengurusan dan
menjadikan kerajaan lebih transparen. Langkah-langkah yang dilaksanakan juga
termasuk menggunakan Key Performance Indicator @ KPI
untuk mengukur kebolehupayaan pegawai dan agensi dan Bidang Keberhasilan Utama
Negara NKRAuntuk menjelaskan
target kepada kawasan atau bidang spesifik untuk kepentingan rakyat.
Kerajaan Malaysia telah melaksanakan pelbagai langkah untuk meningkatkan
kadar ketelusan dan kebertanggungjawaban kerajaan. Langkah ini termasuk penggunaan
KPI untuk memastikan menteri yang terlibat bertanggungjawab atas segala
perbuatan mereka, dengan menggunakan media seperti twitter and
Facebook untuk
berkomunikasi dengan penduduk tentang apa yang sedang berlaku di dalam
kerajaan, membuka tender kerajaan supaya rakyat boleh terlibat dan mengkritik,
dan memberikan pandangan tentang perbelanjaan kerajaan.
Anugerah diterima
Tahun
|
Nama Anugerah
|
Pemberi Anugerah
|
2012
|
Imam Khalifah Agung[14]
|
Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM)
|
2012
|
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat[15]
|
Majlis Perniagaan Global Forum Ekonomi China (WCEF)
|
2011
|
Anugerah Kepimpinan Transformasi[16]
|
Forum Ekonomi Cina Dunia
|
2010
|
AFC Diamond of Asia[17]
|
Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC)
|
2010
|
King Abdul Aziz Order of Merit (Kelas Pertama)[18]
|
Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud
|
2010
|
Anugerah Persatuan Telekomunikasi dan Maklumat Dunia 2010[19]
|
Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU)
|
2007
|
Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM)[20]
|
Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob
|
Kontroversi
Najib telah menjadi sasaran pihak pembangkang tanpa asas dan bukti.
Kecaman-kecaman yang dilemparkan gagal memberi apa-apa bukti yang sah, tetapi
lebih bergantung kepada tuduhan dan kenyataan bersumpah. Dalam beberapa kes,
kenyataan bersumpah tersebut kemudiannya dibatalkan. Terdapat juga di mana
kenyataan bersumpah dilakukan atas nama orang lain. Kecaman terhadap Najib
semakin rancak ketika ura-ura menyatakan bahawa Tun Abdullah bakal meletak
jawatan sebagai Perdana Menteri.
Kes pembunuhan Shaariibuugiin Altantuyaa
Pada 9 April 2009, dua bekas ahli keselamatan Najib Razak Azilah Hadri dan Sirul
Umar telah didapati bersalah dalam kes pembunuhan Altantuya dan
dijatuhkan hukuman mati.
Sebuah akhbar Perancis mendakwa timbalan perdana menteri pernah bertemu
mangsa bunuh Altantuya
Shaariibuu di sebuah kelab di Paris pada 2005 bersama Abdul Razak
Abdullah Baginda.
Dalam laporan Liberation 5 March 2009, Datuk Seri Najib Razak didakwa
pernah bergambar bersama mereka berdua, yang didakwa pasangan kekasih,
bertentangan dengan penafian tokoh politik itu sebelumnya. Bagaimanapun tiada
gambar yang sah pernah dikemukakan sebagai bukti dan laporan tersebut sama
dengan kenyataan laman web pengkritik kerajaan.
Timbalan perdana menteri menafikan pernah mengenali atau bertemu wanita
Mongolia itu yang mati dibunuh di sebuah belukar di Shah Alam. Beliau
juga pernah bersumpah tidak mengenali wanita itu sewaktu diserang hebat oleh
pembangkang pada pilihanraya kecil Permatang Pauh, Ogos tahun lepas.
Keputusan kes bunuh tersebut mendapati kedua anggota pasukan elit Unit
Tindakan Khas (UTK) bersalah.
Abdul Razak, yang sebelum ini dituduh bersubahat dengan anggota polis
itu, dibebaskan daripada pertuduhan tersebut.
Selain cerita sensasi ini, wartawan Liberation turut mendedahkan
saat-saat akhir kematian Altantuya berdasarkan dokumen yang didakwa diperolehi
daripada polis Malaysia. Arnaud Dubus melaporkan, Altantuya ditembak di sebelah
pipi kiri dan kemudian pakaian mangsa ditanggalkan dan mayatnya selepas itu
dibungkus dalam beg plastik hitam. Altantuya ditembak sekali lagi apabila
tangannya dilihat masih bergerak.
Dubus, wartawan Perancis yang berpangkalan di Bangkok, juga berhasrat
mendedahkan pembunuhan wanita itu - berhubung komisyen pembelian kapal selam
untuk Kementerian Pertahanan - dalam projek bukunya akan datang.
Walaupun meringkuk di bawah tahanan ISA, tapak web Raja
Petra Kamarudin Malaysia Today telah melaporkan melalui sebuah
artikel bertajuk Abuse of Power by the Deputy Prime Minister [1] pada 11 Oktober 2008 tuduhan
pertukaran mesej teks (SMS) antara Najib dan Shafee Abdullah, peguam terkemuka
yang mewakili Abdul Razak Baginda sebelum dia dituduh dengan tuduhan
bersuhabatnya dengan dua pegawai polis dalam kes pembunuhan Altantuyaa. SMS-SMS
tersebut, bertarikh dari 8 November hingga 2 Disember 2006 menimbulkan beberapa
soalan mengenai penanganan kes pembunuhan itu dan mencadangkan yang Najib
bercampur tangan dan berkepentingan sendiri dalam penyiasatan kes tersebut dari
awal-awal lagi.Bagaimanapun, Raja Petra Kamarudin enggan/gagal memberi bukti
berkenaan tuduhan ini.
Pada Jun 2008, Raja Petra Kamaruddin pernah membuat kenyataan bersumpah
di mahkamah tinggi Kuala Lumpur bahawa Datin Seri Rosmah Mansor hadir
di tempat pembunuhan tersebut. Beliau bagaimanapun mengeluarkan kenyataan
yang beliau tidak lagi mempercayai bahawa Datin Seri Rosmah Mansor atau Datuk
Seri Najib Tun Razak terbabit dengan pembunuhan tersebut pada tahun 2011.
Penyiasatan tentang isu pembelian kapal selam
Pakatan Rakyat yang merupakan barisan alternatif di Malaysia telah
membuat pendakwaan atau pertuduhan kepada Najib melalui organisasi Suaram yang
mengupah peguam Perancis William
Bourdon, Renaud Semerdjian dan Joseph Breham, dengan mendakwa Najib terjebak
dalam sindiket penerimaan komisyen terbesar untuk pembelian dua kapal selam
pertama negara Malaysia iaitu Scorpène,
18 buah jet tempur Sukhoi,
12 buah Eurocopter (helikopter)
dan didakwa terlibat dalam pembunuhan kejam terhadap wanita Mongolia Altantuya
Shaariibuu. Mahkamah Perancis kini dilaporkan sedang
menyiasat syarikat yang terlibat dalam isu pembelian kapal
selam yang didakwa mempunyai skandal rasuah. Pendakwa kerajaan
Perancis, Yves Charpenel menafikan berlangsung sebarang perbicaraan di
Perancis, mengenai dakwaan rasuah oleh sebuah syarikat Perancis berhubung
pembelian dua kapal selam Scorpene buatan Perancis oleh Malaysia pada tahun
2002. Yves Charpenel sebaliknya berkata "media di Malaysia harus dapat
membezakan antara khabar angin dan fakta dan antara siasatan dan
perbicaraan".
Perhimpunan Kampung Baru 1987
Ketika krisis dalaman UMNO pada tahun 1987, satu perhimpunan yang
diketuai oleh Najib diadakan di Kampung Baru. Penulis Chin Huat Wong dalam
rencana berjudul "The political revival of Malaysia's Anwar" mendakwa
sentimen anti-Cina diluahkan secara terbuka semasa perhimpunan itu di mana
sepanduk-sepanduk yang bertulis slogan seperti "13 Mei telah
bermula", dan "Basahkan keris dengan darah Cina". ]Perkara
ini menyebabkan ketegangan antara kaum yang membawa kepada kebimbangan
berulangnya keganasan kaum dan membawa kepada operasi keselamatan yang dikenali
sebagai Operasi lalang, di mana beratus-ratus individu ditahan. Perkara ini telah
dinafikan oleh Najib dalam sidang Dewan Rakyat.
Dakwaan Malaysia sebuah negara bukan sekular
Najib mengisytiharkan Malaysia "tidak pernah sekular kerana sekular
mengikut definisi Barat bermaksud pemisahan antara prinsip Islam dengan cara
kita memerintah negara."
Perkauman
Chin Huat Wong dalam Asia Times Online mendakwa bahawa pada tahun 1987,
ketika menyandang Ketua Pemuda UMNO, Najib mempertahankan hak istimewa orang
Melayu dalam satu ucapan di mana dia bersumpah untuk memandikan keris dengan
darah kaum cina.Perkara ini telah dinafikan oleh Najib dalam sidang Dewan
Rakyat. Tiada ada bukti bergambar atau rakaman pernah dikemukakan
bagi menyokong tuduhan tersebut.
Kecekapan dan kemampuan diragui
Malaysia kini memetik Mantan Perdana Menteri Malaysia Mahathir
bin Mohamad sebagai berkata "Saya tidak yakin (bakal
Presiden Amerika Syarikat, Barack) Obama, dan bagaimana pula Najib? Kerana ini
terlalu besar untuk Najib. Terlalu besar untuk Obama,".